Senyum itu satu sedekah

Monday, October 17, 2011

Perjalanan ke Batang Kali

Lately ni en. suami takde ot, jadi hujung2 minggu dia tidak berkerja.  Kalau tak memang kurang sesangat masa nak kemana2 pon.  Kalau nak g pasaraya pon siap kena sukat masa.  Aku taklah kisah sangat pasal berjalan ni. Cuma aku suka bila en. suami ada kt rumah..dapat la makan sama2.  Anak pon boleh main2 ngan ayah.  Dan mungkin gak boleh tolong2 aku cam pi kedai ke, buang sampah ke...:)

On the way ke batang kali sempat lak singgah kat tasik...kat tepi jalan jer.  cam biasa Deeja jer jadi model aku...hehe

 Pemandangan tasik
Ada 3 tempat perhentian, kami berhenti di perhentian ke dua.
Masa melalui kat perhentian pertama dari dalam kereta aku nampak ada sekumpulan lelaki yang dok berkayak kat tasik tu.  Tapi tak dapat nak snap gambar tu.

 Tempat jenjalan...
Kat sebelah tangga tu ada ramai kaki pancing, tapi aku segan nak ambik gambar derang.
Family2 pon ada yang bawak tikar duduk2 tepi tasik sambil makan.

 Deeja makan ni jer, burger ayam....beli kat situ gak.  Mahai sket rege dia RM3.

Pastu Deeja dapat lak belon biru dari sorang budak pompuan yg usianya lebih kurang 6 tahun.  Mekasih.
Tapi belon tu berlubang la pulak. :)
Ala...budak tu pun mana dia tau kan belon tu ada lubang.
Walaupun berlubang tp dok tiup ulang2 kali jugak. :)

Perjalanan diteruskan.  Masih ada 30km lagi ke batang kali. 
Sepanjang perjalanan tu ada banyak tempat mandi manda tapi kami tak singgah pon.
Jenuh gak Deeja duk pujuk kami singgah.
Kang singgah susah nak balik dah.

Pastu kami melalui lak tempat ni.
Nama terperinci lokasi aku tak ingat.
Tempat orang ambik air bukit untuk dibuat air minum kat tepi jalan.
Menurut kakak ipar aku biasanya ramai orang dok tunggu turn nak ambik air.
Biasanya derang bawak bertong2 botol kosong untuk di isi air bukit.

Masa kami sampai tu ada 3 kumpulan sahaja.
Tapi  botol2 memang banyak.


Ada 4 saliran, tapi 3 sahaja yang berfungsi.
Satu lg hanya ada titisan air bukit sahaja.
Mungkin ada yg menyekat aliran air.
Tapi ada juga kisah seram derang bercerita sekitar jam 9 malam ada suara menegur....
"Saya dah lama tunggu, bagi lah saya pula ambik air".
Bila ditoleh....masing2 ca alif but..... hantu...


Pastu ni budak ngada2 nak tengok lembu bila trepandang gambar lembu tu.
Walhal tu iklan sapa2 nak tempah lebu untuk qurban.


Last sekali singgha beli buah.  Aku punya la aim buah mata kucing tu.  Tup2 en. suami kata tak elok.  
Last2 beli buah epal jer.

Tak lama lepas tu kami pon sampai ke destinasi.







2 comments:

Zulina's mohamed said...

tak pernah spaipn ina..biarpn duk dekat...klu ina ade aritu...dpt la kita jupe kn..:)

sal-nurbeena said...

tu ler...awat la hang tak dak na oii