Senyum itu satu sedekah

Tuesday, October 4, 2011

Kuah kacang jawa

Sapa  pernah makan kuah kacang  buatan orang jawa.  Kuah yang dihasilkan oleh kaum jawa ni berbeza rasanya dari kuah kacang yang biasa tu.  Sebabnya ada mengandungi  cekur.
Kat kedai2 runcit pon biaasa ada jual cekur ni.
Biasa derang buat sebagai kuah "pecal".
Tp kat sini aku tak wat pecal la.

Rupa pokok dan ubi dia macam ni ha...
Yang digunakan ialah ubi dia, daun aku tak pasti blh buat apa.

kredit google

Kacang tanah yang dah siap digaul dengan bahan2 lain ni aku tempah kat mak mertua kakak.  
Sekilo RM14.  
Rasa dia aku memang boleh layan sangat2.

Oleh sebab hari Jumaat minggu lepas nasi impit banyak lagi baki (Jamuan fakulti tempohari), aku bawa balik ke rumah.  
Sudahnya pagi Sabtu tu makan nasi impit kuah kacang lah jawabnya.

Ni rupa kacang kisar tu sebelum dibancuh.

 Nampak sikit jer, padahal boleh buat berkali2 ...ni aku buh dalam balang

Senang jer...cuma tuangkan air panas mendidih dan gaul mengikut kepekatan yang korang suka.
Sapa2 yang rajin nak buh dlm periuk n tenggek atas api pon boleh jugak.
Bancuh semangkuk jer...sbb yang nak makan pon dua orang jer

Rupa dia setelah dimandikan diatas nasi impit.
Lepas baca doa...kami pon  makan n pastu siap2 pegi kenduri kat Bukit Tembok Port Dickson.

Sorry, gambo tak chomel

No comments: