Pagi Ahad lalu abang ku dan seisi keluarganya datang umah. Siap bawa ayam yang telah diperap untuk digoreng.
Walaupun rupa paras ayam goreng ni biasa2 jer..tetapi rasa nya amat sedap dan memang mabeles.
Resepi dari Kak Cik (biras abang aku).
Masing2 dok menambah. lepas seketul tambah lagi dan lagi. :)
Mekasih pada kak Midah, abang Mi dan kak Cik.
Ok, sekarang baru nak cerita pasal laksa.
Apa istimewanya laksa ni?
Selain di tumis ia juga mengandungi haiwan laut tambahan iaitu encik crab
Rupa sebelum kena siram kuah
Dah siram kuah
Tapi sikit sangat abang aku bubuh, walhal kuah banyak jer
Makanya aku nak kongsi resepi. Resepi tumis n tambah ketam ni datang dari pn. 'Esha.
Ni aku dah modify sket dari resepi asal.
Aku alu2kan kengkawan untuk mencuba.
Resepi kuah
- Sebungkus mee laksa. Ikut suka nak yang kering atau basah.
* Sebiji bawang merah saiz besar (tambah lagi jika suka)
* 6-8 ulas bawang merah kecil.
* 2 ulas bawang putih.
* Sedikit belacan bakar.
* Sebatang serai dipotong2.
* Seinci lengkuas.
* Cili kering - ikut suka pedas.
Semua bahan bertanda * di kisar.
- Daun kesum.
- 1-2 batang bunga kantan dibelah 4.
- Satu tin besar ikan sardin di kisar(guna ikan fresh lagi bagus).
- Minyak untuk menumis.
- Seekor ketam.
- asam keping.
- Garam.
Cara memasak
1. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan kisar sampai naik bau @ pecah minyak.
2. Masukkan ikan sardin yang telah dikisar.
3. Masukkan air, bunga kantan, daun kesum, asam keping dan garam.
4. Bila dah mendidih masukkan ketam.
5. Rasa sedap ke tak...ngee..
6. Ok siap, boleh dihias.
Ketam tu cukup seekor sahaja...
Untuk bahan hiasan rasanya kengkawan tahu nak letak apa kan...
macam yg biasa2 jer kita letak.
Cubalah!
2 comments:
akak...nti ina dtg akk masak laksa nie yer..terliur la..uhuhu
Owh...boleh saja dik...lai..lai..
Post a Comment