Senyum itu satu sedekah

Monday, October 17, 2011

Sepetang @ Tmn. Metropolitan Kepong

Petang Sabtu lepas, dalam perjalanan balik singgah kat Tmn Metropolitan Kepong @ Tmn. Layang. 
Dikenali sebagai Taman Layang2 kerana sangat ramai yg bermain layang2 terutama di cuti hujung minggu.
Cuma hari aku pergi ni tak ramai sebabnya angin takdak!

Taman ni ada dua pintu masuk.  Pintu satu dan pintu dua.
Kami masuk melalui pintu 1.
Situasi kat pintu dua tak best sangat.
Ada taman jer ngan trek jogging.

Parking kat sini toksah citer.  
Alhamdulillah kami mmg bernasib baik, sampai jer selit kat tepi.
itu kelebihan keta comel!
kekurangan dia tak laju!
 Punya lah banyak layang2 yang dijual.  Nak yang saiz apa pon ada.  
Kecuali layang2 yang banyak2 tali tu.
 sorry ye..takde tau

 Deeja pilih saiz yg sederhana ..RM12.00
Dah banyak kali beli layang....ada yang rosak dan ada yang hilang

 berlari  cuba nak terbangkan layang2

 Terus berlari lagi..

 Usaha jugak....walaupun takde angin....Ngeee

 Pastu  main bubble pulak.  Yang ni RM5
Lepas ni dua tahun jangan mintak lg tau..:P

 Cuba tangkap buih

Dilarang memancing...tapi ramai je yg mancing..
termasuk aku pon pernah.  :D

 Taman permainan sedia menanti

sempat bermain sebelom pulang

Dulu kat sini ada keretapi (mcm ketaapi zoo) yang akan bawa kita keliling tasik.  
Tapi sekrang dah tak nampak.
Maybe kurang dapat sambutan.
Kalau cuti hujung minggu ramai yang melakukan aktiviti berbasikal, jogging, beriadah bersama keluarga dan macam2 lglah.



No comments: