Senyum itu satu sedekah

Monday, October 17, 2011

Kasihan abang Hakim

Ni lah tujuan kami ke Batang Kali.  Menjengok anak saudara suami yang mengalami kecederaan siku.  Abang Hakim baru berusia 12 tahun dan kejadian ni menimpa setelah tak lama selesai menduduki UPSR.  Abang Hakim sekolah kat Utara tanah air (sek. asrama penuh). 

Masa tu abang Hakim main bola dan terjatuh sebab terkena kaki kawan (tersadung kaki).  Makanya masa jatuh dok tahan ngan siku.  Kesannya siku abang Hakim mengalami kecederaan.  Lapan hari lamanya abang Hakim duduk spital termasuk menjalani pembedahan kecil memasukkan wayar.  Lapan hari juga ibu dan ayah menjadi peneman setia abang Hakim.  Sekarang ni ada kat rumah ibu dan ayah.  Ulang alik pemeriksaan selanjutnya kat Hospital Selayang.

 Ngeee...ngeri tak?

Adoiii...aku pulak yang ngilu...

Bila abang Hakim genggam2 jari dia, besi tu pun akan ikut bergerak2.  Dokter pakaikan penutup kuning tu bertujuan untuk mengelakkan tersangkut2.

Kelmarin menurut kakak ipar kedudukan tulang tu sedikit lari dan dokter kat selayang betulkannya semula.

Sian abang Hakim.  Sekarang ni kat sekolah abang Hakim lepas periksa ada macam2 aktiviti termasuk menunggang kuda.  
Tak dapat disertai.

Didoakan semoga cepat sembuh dan ceria2 selalu.

No comments: