Senyum itu satu sedekah

Friday, November 11, 2011

Cara lama bakar2

Salam pagi Jumaat.

Kalo semalam aku cerita tentang sembelih lembu, hari ini aku nak bercerita tentang membakar kaki lembu secara tradisional or cara dulu2.

Sebelum tu aku mintak mahap la kalo ada sapa2 yang rasa geli geleman tak lalu nak makan ke kan bila nengok cara bakar tu. Nge hehe.

kenapa nak bakar....sebab itulah cara nak kikis  bulu dan kulit kat kaki lembu tu.

Mumula sekali sediakan kaki lembu. kikiki, cam nk masak lak.


Sediakan sabut untuk dijadikan bahan api.  Tindan2 kan sabut tu.   Letak tempurung kelapa.  Kat sini kayu pun ada digunakan.  Kalo orang sekarang banyak guna arang dah siap jual kat kedai tu kan...
Tak pon bakar dalam tong drum yang dibelah dua.
Pastu nak idupkan api biasanya gunakan sedikit minyak tanah.
Jangan lupa mancis untuk menyalakan api.

Satelah bahan bakar dah mula menjadi bara bolehlah diletakkan kaki lembu tadi.
Masa proses menyalakan api ni dia punya asap tersangat ler banyak.  
Yang korang nampak ni sikit jer.

 Bakar lah sampai agak kehitaman

Cuber korang cari mana kaki lembu tu.... dah sama kaler ngan bahan bakar.
Bila dah sejuk barulah boleh dikikis.


7 comments:

Unknown said...

sodap ke ek kaki lembu nih....

Puan Kutu said...

still blur..nak buat apa dengan kaki lembu?boleh mkn ekk?hehe

wahida said...

oooo...baru saya tau...kena bakar dulu yer...


mmg geli jugak la tgk kaki lembu tu...huhu...

mama aini said...

salam nurbeena..kalau buat qurban mama tak pernah ambil kaki lembu tu sbb mama tinggal kat tmn perumahan !! macam mana nak bakar?..hu2x..ada kawan kata daging kat kaki tu sedap..he2x..

EmbunRosaliza said...

Assalam nurbeena, sama mcm kat kg akk, bakar dulu kaki lembu tu, tapi bonda akk pakai arang je, MIL akk lg sempoi, letak atas daopur gas je heheh. Tapi akk tak mkn kaki huhu

sal-nurbeena said...

Papa Mifz....tu la dia gear box.sodap la tu.

Puan kutu...buat sup gear box. hehe

Wahida.... kalo tak bakar kang susah wang buang kulit dia tu.
kikiki...geli ek..ayork.

Sedap juga kak daging dia. tp sal pon x sempat makan sebba dah balik KL.

hehe..sal pon tak tau abah bwk balik mende tu. Abah adik beradik bagi2 la tu ada 8 kaki dia.
Rs dia ok lah. mcm sal tak suka sgt mkn yg betul2 daging tu

Anonymous said...

pehh kaki lembu memang sedapp...
lg2 masak lemak cili api..memang terbaik ar....bukan setakatt kaki je leh mkn ,kulit lembu pon blh makan...sape yg nk bllajarbmasak tu hubungi je sy...sy leh aajar kn...isyaallah 0126546193 wan