Selamat pagi hari kengkawan.
Ni baru nak berkisah tentang qurban kat kampung aku. Ni qurban keluarga. Kejadian pada pagi 11 Dzulhijjah bertempat di rumah Pak Usu kat Sungai Besar. Jalan kaki dari umah aku 5 minit jer kot. Tp ari tu aku naik keta tak jalan kaki la pulak. kehkehkeh. Yoyo jer kan.
Qurban ni umpama dah menjadi acara tahunan keluarga. Anak cucu sama2 melakukan qurban. Kali ini disertai orang2 kampung untuk mengerjakannya. Kami mengorbankan dua ekor lembu tahun ini. Asalnya ada jugak kambing sebab ada yang nak aqiqah anak lelaki last2 dia ambik 2 bahagian lembu.
Tp kurang meriah sket sebba tahun ni tak ramai yang dapat hadir (kalangan keluarga).
Yang lawaknya order dua ekor tp lembu datang sekor jer. Kapel dia tak datang la pulak.... yang empunya lembu tu salah dengar pesanan. Last2 pagi tu baru hantar sekor lagi. Sib baik ada, tapi kecik sikit.
Masa ni lembu dah ditumbangkan. Kejap lagi bermulalah.
Amboi adik baju oren tu...menjeling manja yer...
Dengan lafaz Bismillah...diikuti laungan takbir penyembelihan dimulakan. Aku first time tengok life dekat2. Sebelom ni ada pon tengok jauh2 jer.
Untuk qurban kali ni aku join sepanggu. Dah lama sangat aku nak tp asyik penuh jer. Untuk anak aku dulu dah buat kat kampung mertua.
Ms bermula penyembelihan, teringat pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail.
Kerana taat perintah Allah, Allah telah menukarkannya dengan seekor kibas.
Tak nampak lak gambar mumula sembelih. Aku dah tersalah upload gambar.
Yang ni lak kelabu asap gambo dia. Padahal takde org bakar jerami pon....
Saat ni lg rs lain macam sket...ngeee...
Setelah betul2 lembu itu meninggalkan alam nyata, barulah dilapah.
Aku cakap kat Deeja. Allah hantar lembu itu ke syurga...
Masa potong tulang temulang sepupu aku telah menggunakan parang yg begitu gabak (diperbuat dari mata tracktor yg patah).
Aku tengok pon ngeri...macam nak pancung org jer...tp aku takde snap gambo tu...rugi2..sebabnya kamera dah simpan kt keta.
Yg baju hitam tu sepupu aku (bapak budak dah), yg baju kelabu tu anak sepupu aku...
Korang basuh perut tu sampai bersih2 yer..
Yg ni keja sapa aku tak tau.
Buat main2 pulak yer korang.
Ngeee
Daging dipotong2 dan ditimbang untuk diagih2kan kepada penduduk kampung.
Benornya pada waktu tu seberang umah paksu pon buat qurban juga. Jadi orang kampung silih berganti saling membantu.
Sampai sini saja...gambar lauk dh dimasak aku lupa nak ambil..adoyai..