Semalam aku berpuasa sunat Syawwal. Sekitar jam 4.25 lepas solat 'Asar teringat pulak nak masak apa untuk berbuka nanti. Kelmarin en. suami ada beli sekor ikan kaci dari kolam yang Mawi suka g mancing tu. Erm...boleh lah kot buat masak lemak kuning. Aku pun try tepon en. suami. Tapi takut gak ganggu dia tidooo ke...sebab keja malam... aku cuba dail...ooo..tengok tv rupanya. So aku pun mintak en suami tolong rendamkan ikan. Mekasih yer bang.
Lepas punch kad terus bergegas ke arah taska....singgah kedai runcit jap beli bahan2 nak masak.
Untuk anak aku pon aku belikan jugak. kalo tak kang sibuk menanya "Tak ada apa2 ke untuk shaye?"
Pastu cam biasa ambik anak kat taska....hantar cik Siti lak kat umah dia.
Balik umah aku start meng 'itu' 'ini' di dapur. Bila plastik kelapa parut kubuka....alahai...dapat kelapa muda sangat la plak...cam tak brp sesuai nak wat masak kuah. sesuai dibuat inti kuih nih.
Tapi aku layankan jer lah.
Gambo aku masak semalam, ngeri jerkan tengok gigi ikan tu....
Cili kering tu tak lumat la plak sebab aku tak rebus ngan air panas. Nak cepat...Lagi pon masih guna blender classic.
Kalo dah rosak baru aku tukar...masih elok aku guna jer...
Kat bawah ni aku sertakan sekali resepinya yang simple jer...
Bahan2
* 4-5 ulas bawang merah kecil
* 1-2 batang serai
* Sedikit kunyit hidup
* 3-4 tangkai cili kering - ni tak pedas, korang tambah lg lah yer
* Sejemput kelapa parut
* Sedikit lengkuas
^^ sumer bahan yang bertanda * sila kisar ^^
Santan pati dan santan cair yang telah diperah
Ikan - ikut la ikan apa nak guna. Semalam aku guna ikan kaci
Kacang bendi
Buah tomato/belimbing buluh
Sekeping asam keping
Sedikit garam
Cara masak
1. Masukkan bahan kisar dan asam keping ke dalam periuk. Kacau2 sampai mendidih.
2. Masukkan santan cair.
3. Bila dah mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan santan pekat, kacang bendi,tomato@belimbing buloh dan garam.
5. Rasa sedap ke tak. hihihi
^ Selamat mencuba ^
2 comments:
macam best je. nanti la kalau rajin nak cuba masak. ingat tu, kalau rajin hehehe
takper...akak pon sama, suka tengok n salin..pastu bleh dikira yg dicuba. :D
Post a Comment