Senyum itu satu sedekah

Wednesday, September 28, 2011

Nasib Anak2 kucing


Kedengaran nyaring bunyi anak2 kucing mencari2 ibunya...barangkali kehausan.
Deeja dan Rois mempercepatkan langkah meninjau2 dari arah mana datang suara anak2 kucing.

Kelihatan tiga ekor anak kucing yang comel di dalam sebuah kotak usang.
Dengan kuderat yang tidak seberapa dua anak kecil ini mengangkat kotak usang dibawa pulang ke rumah.
Dengan harapan mama dan ayah membenarkan untuk membelanya.

Tapi minta maaf sajalah nak.....mama tak dapat membenarkan kamu memeliharanya....
bukan tak sayangkan haiwan....tapi kerana kamu ada symptom asthma. 
Bulu2 haiwan paling mama khuatiri.
Sedangkan karpet umah kita pon mama beri saja pada aunty Mona.  

Sempat mama tanyakan pada abg Rois ...
Mama:  "mana ibunya".  
Rois:  "Dah mati kena langgar".
Aduh.....kasihan....
Tapi apakan daya aku juga kasihan pada kesihatan anakku.

Mama cuma sayang mama tak nak jadi macam mama
Tidur pon bertemankan anak kucing di suatu ketika dulu dizaman kanak2.

Mama Rois juga tak benarkan pelihara anak kucing.

Dengan berat hati keduanya pun meletakkan kotak usang ketempat asalnya.
Entah apa nasib anak2 kucing itu.
Rasa bersalah menyelubungi diri...



1 comment:

Syigim said...

doa je moga Allah lindungi anak2 kucing tu. rindu pulak kat kucing saya dulu... mok & kering...