SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
Gambar yang aku copy paste dari Kosmo Online bertarikh 13 September 2011, Tarikh hari ni. Ngeeeriiii jer bilamana tau sos2 ni mengandungi DNA babi. Na'uzubillah..... Botol pertama dan kedua tu aku memang tak familiar la...tapi botol yang ketiga tu ada kat Na#do# kan? Walaupun aku hanya pernah jejak sekali jer kat situ tapi memang aku ingat dan pasti mende tu ada kat situ. Pegi tu pun sebab memenuhi impian kawan kami yang nak resign keja masa tu....Cuma aku tak ingat aku guna ke tak sos tu...
Hadoiii la...hadoiii la..hadoiii la...
4 comments:
Sos tu pun ada kt pizza hut jgk rasanya...
Hadoiii la jugak...
ha ah. tobasco tu kat mana2 fast food pun ada. hadoii la jugak. HP sauce tu pun selama ni kami guna bila nak buat steak! yikes! takpe la, dah tau ni tak payah beli lagi. baru ni kat ikea pun issue meatballs dia made from pork pun ada. siap samak konon wallahualam betul ke tak dia samak lepas orang dapat tau tu. kononnya dah guna meatballs brand lain. itu pu tak tau la ye ke tak
a'ah. ada dengar pasal issue tu (ikea). Tapi memang nampak la tak ramai dah kalangan kita yang makan kat situ...kalo dulu lalu jer bersumbat penuh org makan. sal pernah makan sekali kat situ.
Kalo kat FB lak video yang kononnya kisar lembu sekor2 wat daging burger McD tu...mmg rs nak muntah tengok...tp nampak tak logic plak...
Post a Comment