Senyum itu satu sedekah

Sunday, July 17, 2011

Jom memasak!

Semalam hari Sabtu.  Lepas dah basuh kain, sidai kain, menyapu, mop kemas rumah aku pun memulakan operasi memasak.  hari ni aku nak masak Ayam pencen masak hitam, kerabu kacang botor, sup ayam dan petai tempoyak.  Sebahagian bahan aku dah beli kat pasar malam petang Jumaat lepas. 

Tadaaaa.....selepas bersilat di dapur berserta iklan2 oleh Deeja maka inilah hasilnya.................

 Kerabu kacang botor

 Sup ayam pencen untuk yang tak makan pedas

 Petai tempoyak

Ayam masak hitam

Hitam betul gambo ayam masak hitam nih.  Sumer gambo aku ambik pakai hp jer...tu yang memang hensem sangat gambo nyer.  Bagi yang nak mencuba ayam masak hitam nih, meh aku kongsikan resepinya.  Tapi sukatan korang agak2 sendiri jer...

Ayam masak hitam

Bahan-bahan 

*2 biji bawang besar
*Seulas bawang putih
*Sedikit halia
*Jintan manis
*Jintan putih
*4-5 biji buah keras
*Cili kering - ikut suka pedas dia
** sumer bahan yang bertanda * kite kisarkan ia**
Kas-kas - aku tak letak pon
kiub ayam - pun aku tak letak gak
2-3 biji bawang besar diracik halus-halus
Air secukupnya
Garam 
Kicap manis
Minyak untuk menumis
Ayam yang telah digoreng (untuk ayam pencen aku tak goreng sbb aku dah rebus ayam tu siap-siap sampai lembut)

Cara masak

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan bawang yang diracik halus.  Tumis sampai kelihatan agak garing, masukkan air, kicap, kiub ayam, garam. setelah menddih masukkan ayam, kas2.  Dah siap.  Untuk hiasan taburkan hirisan cili merah, hijau dan daun sup, letak bawang goreng pon best jugak..

Ok, selamat mencuba..


No comments: