Kisah semalam. 19 Julai 2011 aku ada ujian darah kat Hospital Sg. Buloh. Pagi2 lagi aku dah drive ke lokasi. Biar berpagi2 asal aku senang dapat parking dan harap tak tunggu lama. Biar menempuh jem asal aku tak jem duduk di kerusi seperti temujanji yang lalu.. Temujanji yang lepas dari sebelom jam 11am sampai la 4.30 ptg baru siap.
Kali ni memang best, jalan jem sikit jer..parking banyak kosong lagi. Lepas park keta aku pun menuju ke klinik pakar ###. Letak kad n ambik nombor. Ooo..best2! Dapat no 4001 (no pertama untuk test darah). Tunggu dlm 5-6 minit nama pun dipanggil. Dah masuk dalam sembang2 dulu ngan nurse yang nak ambik darah aku. Nurse kat sini okey2, takde la garang cam rimau. Ni dah kali ke 3 aku ambik darah dalam tempoh 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan jugak dah lima kali aku mengunjungi hospital ini. Nurse pun dah mula cam muka aku. :)
Mumula nurse cari urat belah tangan kanan. Dah belek2 sapu2, adeh urat tak jumpa lak. Tukar lak tangan kiri, baru jumpe. Lepas dah kena sedut darah tu tepek la plaster. Cumanya...kali ni banyak pulak darah aku kuar kat kapas plaster tu. Sampai sekarang bekas sedut darah still bengkak lagi.
Settle, aku pun balik. Kejap jer tak lama.... Lepas ni aku kena datang lagi...Like tak like kena pegi jugak. Kepada semua, mtk doakan aku cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya.
Kepada Allah, aku bersyukur di atas nikmat yang kau berikan. Amin.
No comments:
Post a Comment