Senyum itu satu sedekah

Friday, July 22, 2011

Kisah di Sungai Besar

Kisah di Sungai Besar

Seorang perempuan bersama anaknya menaiki sebuah motosikal singgah dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Dari satu kampung ke kampung yang lain.

Dipendekkan cerita.

"Encik....beri saya sepuluh ringgit.  Tolonglah saya encik, saya nak buat modal berniaga."

Maka siapa2 yang tersentuh hati dengan mudahnya akan menghulurkan bantuan.  Siapalah agaknya yang sanggup berbuat sedemikian.  Tak cuba tak tahu kan.  Kalau dah  1 rumah RM10, 100 rumah RM2000 ek.  Wah...Cukup sangat2 dah buat modal meniaga.  Masalahnya adakah betul digunakan untuk berniaga? Wallahu'aklam.


Gambar sekadar hiasan: google

Itu kisah sekarang...Terus mengingatkan aku kisah yang terjadi pada mak dan abah aku kira-kira 2 tahun lepas kot.

Kaedah yang sama...datang ke rumah menaiki motosikal bersama anak.  

"Pakcik, anak pakcik yang bernama si *****  ada berhutang dengan suami saya sebanyak RM200.00.  Suami saya sekarang ada kat Port Dickson kerja polis dan saya perlukan duit.  Boleh tak pakcik bayarkan hutang tu kepada saya."

 Hmmm...bukan mudah nak percaya.  Tapi kadang-kadang kisah sebegini sungguh meyakinkan.  Macam ia-ia jer sebab memang dia tahu adik aku duduk mana, kerja kat mana.  Mujur pakai saiz kasut apa dia tak tau.  

Dipendekkan cerita abah aku tak bagi pon duit RM200.00 tu sebab dia tau adik aku bukan jenis hutang-hutang kat orang.  Hutang kat bank tu ada la kot kan...hehehe.

Wallahu'aklam, mungkin dia buat begitu kerana terdesak nak guna duit.  Anak-anak boleh tahan juga ramainya....3 atau 4 orang macam tu kot.  Mungkin juga tak berkerja.  Khabarnya suaminya ada dalam p******.  Kasihan, mungkin dia pon tak suka nak buat begitu.  Tapi bila dah terdesak dan orang pulak murah hati nak beri bantuan, makanya ok lah tu.  Dah terbiasa.  

Mana yang dah terbagi tu tanya2lah diri sendiri nak kira macam mana.  Duit2 tu pun aku rasa memang dia nak guna untuk makan, pakai, minum anak2 dia.  Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

Wallahuaklam...
















































No comments: