Senyum itu satu sedekah

Thursday, July 28, 2011

Durian & Restoran Jejantas Sungai Buloh

RM8 makan durian sepuasnya di Restoran Jejantas Sungai Buloh 

KUALA LUMPUR 26 Julai - Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada ”Pesta Jom Makan Durian” di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini. Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Khalilah Datuk Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada). Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya. - Bernama
*************************************************************************




Gambor sekadar hiasan...Google


Aaaaaa.......artikel tu aku ambik dari bernama....  jadi sapa2 yang berminat boleh la ke sana.  Rasa durian Bukit Gantang ni InsyaAllah sedappp...Napa aku kata InsyaAllah sedap.  Sebab durian2 tu  yang aku bedal  bila balik kt umah mak dan ayah mertua ku.  Mereka orang Bukit Gantang.  Yang kecik pon ok.  Kalau dapat durian kawin perrgghh...lagi best!  Tapi tahap best durian ni terpulang kepada individu.  yang magicnya tempoyak aku tak berapa reti pulak..  kalau ada tu cuit2 jer..tak pon tak makan.. 

Kalau kawan2 en suami pun jual kat sini.  Murah lagi... hari2 dibawa dari Bukit Gantang.  memang aku melantak banyak sampai berangin2 badan dan sakit kepala.....sapa suruh melantak ek... makan tak berhingat!

Durian jenis apa yang ada kat sana aku tak pasti, jadi korang kena ringan2kan kaki tuk melangkah ke lokasi kejadian. Napa aku tak tau sebab aku pon belom pegi lagi....P.  Minggu depan dah nak puasa.  Tinggal berapa hari jer lagi lalu nak makan durian nih.  Kalo sedang berpuasa aku tak layan la rasanya..hehe




No comments: